Tuesday, 13 May 2014

KRISIS POLITIK TERENGGANU - JALAN PENYELESAIAN MASIH TERBUKA ???


Assalamualaikum w.b.t
Krisis politik Terengganu yang terbaru dilihat bakal memusnahkan terus kepimpinan Kerajaan pimpinan UMNO di Terengganu. Sebagai 'orang dalam' yang memiliki pelbagai maklumat, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak walaupun berhak berbuat demikian.


Saya melihat kepada jalan penyelesaian yang masih terbuka dan boleh mengekal Kerajaan Pimpinan UMNO yang sedia ada tanpa perlu diadakan Pilihanraya Negeri / Kecil. Sebenarnya Menteri Besar yang baru (UMNO) yang dilantik semalam akan kekal menjadi Menteri Besar sehingga adanya usul undi tidak percaya di Sidang DUN atau ada mana-mana ADUN yang boleh menyatakan beliau mendapat 17 sokongan kepada DYMM Sultan Terengganu.

Dalam tempoh itu, kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yang mengistiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS dan jika kena caranya ketiga-tiga mereka juga boleh mengistiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus masih boleh menyelamatkan kepimpinan kerajaan UMNO di Terengganu.

Seperkara lagi, dari segi dokumentasi atau prosedurnya, surat asal peletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha / Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas peletakan jawatan tersebut. Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya.

Dengan pelbagai ruang yang masih ada, saya memohon kepada semua ahli UMNO di Terengganu dan di Kemaman untuk bertenang dan berdoa kehadrat Ilahi supaya Kerajaan pimpinan UMNO terus menerajui negeri kesayangan kita ini. Saya sangat yakin, jika ditangani dengan penuh berhemah perkara ini dapat diselesaikan sebelum terjadinya "kemusnahan dasyat" kepada kita semua.

Oleh yang demikan, sama-samalah kita berdoa supaya semua ujian Allah ini memberi kita satu jalan keluar yang membuatkan parti kesayangan kita ini menjadi lebih kuat dan terus mampu membela rakyat Malaysia. In Shaa Allah..

Kami sangat sayangkan UMNO !!!

(MOHD FAUZI MAT ADAM)
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman /
AJK UMNO Bahagian Kemaman.

No comments: