Wednesday 5 February 2014

PELAKON, EZANY NIZARIFF UGUT BUNUH LELAKI MAHU JADIKAN ADIKNYA ISTERI KE-3


Gempar apabila seorang guru sekolah rendah, Azahar Hassan mendakwa pelakon, Ezany Nizariff telah membuat ugutan bunuh terhadap dirinya menerusi laman sosial, Facebook.

Menerusi laporan Harian Metro, Ezany tidak menafikan perkara itu dan mengatakan tindakan tersebut dilakukan demi melindungi adik perempuan bongsunya.

Ezany turut mendakwa bahawa guru tersebut telah menjalin hubungan dengan adiknya yang berusia 32 tahun dan berniat untuk bernikah di Thailand.

Lelaki itu mempunyai dua isteri, tapi masih berkeinginan untuk berkahwin dengan adik saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai abang sulung.”

Mesej ugutan yang dimuatnaik menerusi laman Facebook

Bimbang dengan ancaman tersebut, Azahar Hassan, 43, telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar dan turut memberitahu bahawa Ezany pernah menyerangnya pada tahun lalu di sebuah kedai makan sehingga berlakunya pergelutan antara mereka.


“Saya fobia dan takut dicederakan e pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.

Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.”

Azahar Hassan yang juga merupakan seorang pembantu khas Ahli Parlimen itu turut menyifatkan bahawa tindakan pelakon drama popular itu adalah tidak profesional kerana pernah mengeluarkan ugutan terhadap majikannya juga.

1 comment:

Unknown said...

Abang nak lindungi Adik.
.ok ler tu