Monday, 22 December 2014

WANITA VIETNAM DITEMUI MATI BOGEL, TANGAN DAN KAKI DIIKAT

Hiasan

KUALA LUMPUR : Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan dan kakinya diikat menggunakan tuala di dalam bilik air sebuah hotel di Kompleks Pasar Borong, Jalan Ipoh Bandar Utara, Ahad.


Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, polis menemui mayat wanita itu kira-kira 6.50 petang dalam keadaan meniarap dan terdapat kesan lebam di lehernya akibat dijerut.

Beliau berkata hasil siasatan awal, polis mendapati seorang lelaki mendaftar masuk ke bilik itu pada 9.15 malam, dan wanita Vietnam itu ke bilik berkenaan empat jam kemudian.

“Mangsa dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke. Kami tidak menemui sebarang dokumen diri pada mangsa. Polis sedang mengesan lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, malam Ahad.

Munusamy berkata mayat wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  - mStar

Post a Comment