Saturday 6 December 2014

TUN M 'HENTAM' JOE BIDEN !!,,, TENGOK DULU URUSAN DALAM NEGARA SENDIRI SEBELUM MASUK CAMPUR HAL EHWAL NEGARA ORANG !!!


Apabila Naib Presiden Amerika Syarikat 'prihatin' dengan kes liwat Anwar Ibrahim, ini membuktikan bahawa Ketua Pembangkang tersebut mempunyai jalinan rapat dengan kepimpinan negara Uncle Sam tersebut. Keadaan seperti itu pastinaya tidak disenangi oleh ramai pihak kerana tahanan dalam negaranya sendiri tidak   Tun M di antaranya....


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden atas nasihat kepada kerajaan Malaysia agar bertindak dengan betul dalam kes Liwat II.
Katanya, Biden sepatutnya melihat kepada kes dalam negara sendiri kerana terdapat kes warga AS yang ditahan lebih 10 tahun tanpa perbicaraan.

"Mereka juga diseksa, itulah caranya di Amerika,” katanya kepada pemberita selepas satu acara Proton hari ini.

"Mereka menjatuhkan hukuman mati kepada golongan yang tidak tahu bahawa mereka dikenakan hukuman mati.

“Tiba-tiba, muncul dron yang menembak orang itu. Inilah negara yang mahu mengajar dunia mengenai keluhuran perlembagaan,” katanya.


 

Mahathir berkata AS tidak mahu kerajaan Malaysia mensabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II kerana kuasa besar dunia itu mahu Anwar menjadi perdana menteri.

"”Itu terpulang pada mereka, tetapi kita tidak mahu (Anwar jadi perdana menteri),” tegas Mahathir.

Biden semalam dalam kenyataannya menyebut bahawa Malaysia berpeluang untuk membetulkan keadaan dan mempromosi keyakinan dalam demokrasi dan kehakiman melalui kes rayuan Liwat II - MK
Harap Naib Presiden Amerika Syarikat itu cermin diri dulu sebelum menjaga tepi kain negara lain. Isu menyalahkan pihak lain ini mengingatkan kita kepada keluhuran perlembagaan yang dipersoalkan oleh parti DAP. BACA SINI

No comments: