Saturday, 6 December 2014

SIDANG MEDIA UGUT KELUAR UMNO BURUKKAN IMEJ UMNO SELANGOR ???


SHAH ALAM – Tindakan segelintir pengamal media yang memutarbelit sidang media di Bangunan UMNO Selangor patang tadi dilihat berniat jahat dan dengan sengaja mahu mencalar imej UMNO Selangor.

UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) sebelum ini mencabar untuk bertemu dengan AJK dan Ahli UMNO Cawangan Damansara Dalam yang memasang kain rentang di hadapan bangunan UMNO mengugut mahu keluar dari parti secara besar-besaran.

Ketika dihubungi Selangor Press, Ketua Pemuda Umno Bahagian PJU, Mohd Fakhzan Md Noor berkata sekumpulan ahli Umno yang kecewa itu mahu menyatakan tujuh sebab mereka keluar parti namun sehingga kini ia tidak kelihatan.

“Kalau hendak keluar parti, mereka tak perlu datang dan jejakkan kaki mereka di Bangunan Umno Selangor lagi.

“Isu ini sebenarnya kes terpencil untuk memalukan parti dan mereka yang terbabit ini tidak berjawatan tinggi pun dalam Umno cawangan PJU.

Sebanyak lapan kawasan dikesan di mana kain rentang itu dinaikkan antaranya Bangunan Umno Shah Alam, Kelana Jaya dan PJU.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian PJU, Amir Syukor pula mendedahkan mereka yang terbabit dalam lingkungan 40-an ke atas dan tindakan itu mahu menunjukkan seolah-olah Umno itu lemah di mata rakyat.

“Dia cuba tunjuk seolah-olah Umno itu lemah, sedang Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita masih bersama dengan kita.

“Kita tak mahu pengkhianat bangsa, sudah dapat segala kemewahan, kemudian keluar dan tentang parti pula untuk buka pekung parti.

“Umno tidak hadap orang-orang macam ini, kita mahu orang yang mempunyai jati diri tinggi dan tidak mahu mereka yang merajuk,” katanya.

Berlegar di laman media hari ini mempersoalkan tindakan segelintir ahli UMNO Bahagian PJU yang mengugut untuk keluar UMNO dan akan menyerahkan borang  di dalam Bangunan UMNO Selangor hingga mengundang persepsi buruk dikalangan ahli.

Bagaimanapun menurut sumber memberitahu, perkara tersebut telah diselesaikan dan pemilik laman media yang menyebarkannya telah faham tentang perkara sebenar yang berlaku. 

Post a Comment