Thursday, 11 December 2014

LAPORAN POLIS OLEH KKLW, PAGE PEMBANGKANG EDIT KEMALUAN !!!


Kenyataan Rasmi Daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pihak Kementerian memandang serius penyebaran gambar keratan surat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan/Melaka, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang tersebar di media sosial.

Hasil semakan Kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej Kementerian.

Susulan itu, satu laporan polis telahpun dibuat di IPD Seremban 2 dan aduan juga turut difailkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

Pihak Kementerian memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat menyebarkan penjelasan ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.
03-88915945 / 03-88915946

Post a Comment