Thursday, 18 December 2014

JIKA ANAK GADIS ANDA BERUSIA 17 TAHUN DAN ANAK LELAKI BERUSIA 15 TAHUN... SETUJUKAH JIKA MEREKA BERUMAHTANGGA ???


Mungkin tidak mustahil... kata orang... kalau dah jodoh... Dan itulah yang berlaku kepada Muhd Muaz, 15,  dan Amiera Nurezati, 17.


Usia muda tidak menghalang pelajar tingkatan lima, Amiera Nurezati, 17, untuk mengambil keputusan mengahwini teman lelaki nya yang berusia 2 tahun le­bih muda daripadanya.

Dengan sokongan keluarga kedua-dua belah pihak, Amiera disatukan dengan Muhd Muaz,15. Menurut Muhd Muaz melalui status facebooknya, ke­luarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan mereka selepas mengetahui hubungan serius antara mereka berdua.



Muaz turut menafikan yang dia nekad berkahwin kerana terpaksa.

Menurutnya lagi, dia mungkin tidak akan menghabiskan persekolahan kerana ingin mencari nafkah buat isterinya . Apap-apa pun doakan sahaja kebahagiaan mereka .


Di manakah peristiwa ini.... ???


Cinta budak sekolah aka cinta monyet... mungkin juga cinta pertama... memang indah dan asyik...heh!  Dek kerana indah dan asyik itulah..mungkin mereka tidak mahu melepaskan dan berfikir panjang lagi.... terus aje nak bernikah.  Peliknya... orang tua mereka pun setuju.... hurmmm.  Mcm ada udang di sebalik batu je... Ops!  Mungkin juga utk mengelakkan maksiat..... Tak tau lah komen anda bagaimana.. Apapun didoakan semoga mereka berbahagia selalu dan rumahtangga kekal sehingga ke hujung nyawa... 

No comments: