Monday 29 December 2014

(FOTO) : KEMALANGAN MAUT DI JALAN LEKIR - SITIAWAN, 3 LELAKI TERCAMPAK DARI LORI


SITIAWAN  :  3 lelaki maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan 3 kenderaan iaitu lori, treler dan Perodua Viva.  Lori dari arah Sitiawan yang mereka naiki bertembung dengan treler panjang membawa muatan besi dari arah bertentangan.




Kejadian berlaku di Jalan Lekir - Sitiawan di Batu 9 Lekir, berhampiran stor penjualan tong gas kira-kira jam 9.40 pagi ini. 



Lori muatan 1 tan itu yang didaftarkan atas nama Syarikat EMPAYAR INDERA dan beralamat di Kg Pandan, Kuala Lumpur, dipercayai dipandu laju. 



Semua mangsa yang maut ditempat kejadian setelah tercampak keluar  adalah pemandu dan penumpang lori tersebut dan mereka dipercayai pekerja penyelenggara jalanraya. Pemandu Perodua Viva bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan sahaja.







Gambar-gambar adalah dari sumber saksi yang berada di tempat kejadian.

No comments: