Monday, 29 December 2014

FITNAH SEKOLAH MANEK URAI RUNTUH, SKMM CARI 4 INDIVIDU UNTUK BANTU SIASATAN

Post Pic

KUALA LUMPUR : Empat individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai di Kelantan.
"Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai.
"Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook SKMM.
Kata Mohamed Sharil, empat individu itu ialah Mohd Zulkifli Ismail (No MyKad: 821125-03-5687) dan alamat terakhir di 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan dan Roslina Hassan (No MyKad: 741228-03-6172) alamat terakhir di 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang.
"Dua lagi individu adalah Tengku Roslina Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870) beralamat di Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan dan Ahmad Wafiuddin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129) dan beralamat terakhir di Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan," jelasnya.
Tegas Mohamed Sharil, mereka yang berkenaan juga diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat SKMM, Mai Zairani Zainal Abidin di talian 019-3385009 atau Mohamad Syukri Jamaluddin di talian 019-2869515 dengan segera.
Katanya, kerjasama individu berkenaa amat dihargai selain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk menghubungi segera pegawai-pegawai penyiasat SKMM. - ANTARAPOS

Post a Comment