
Mengikut maklumat yang diterima, ombak besar setinggi 4 meter melanda kawasan tepi pantai di Kampung Rusila Terengganu sehingga menimbulkan ketakutan pada penduduk berhampiran.

Masyarakat tempatan dinasihatkan berhati-hati apabila berada dikawasan berhampiran pantai di Terengganu kerana ketika ini angin kuat serta ombak besar dilaporkan melanda kawasan berkenaan.
Ombak tersebut dikatakan seakan-akan 'Tsunami' mengingatkan kita tentang bencana buruk berkenaan yang melanda banyak negara beberapa tahun dahulu. - Utaranews.com
UPDATE : Admin ingin memohon maaf, difahamkan bahawa gambar ombak besar berdekatan dengan masjid bukan gambar di Kg. Rusila, Marang, Terengganu atau di Kota Bharu sebaliknya itu adalah keadaan di Narathiwat, Thailand.

No comments:
Post a Comment