Friday 5 December 2014

ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH TANPA DATUK DAN DATIN SERI .....

Post Pic

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menarik balik gelaran 'Datuk Seri' daripada Anwar Ibrahim kerana tindakannya yang kerap mempersoalkan integriti dan institusi di-Raja Selangor berhubung kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

 

Penarikan balik anugerah 'Datuk Seri' berkuatkuasa 3 November dan diwartakan pada 20 November lalu, menurut kenyataan daripada pihak Istana Selangor.
"Tindakannya dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang Darjah Kebesaran ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.
Kenyataan itu turut menyebut Sultan Selangor berhak menarik balik gelaran itu berikutan baginda mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama sepertimana yang termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Anwar menerima anugerah itu daripada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1992.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor, telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah ditarik balik berkuat kuasa 3 November 2014.
"Penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada tahun 1992, adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 ini yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu agama," kenyataan itu dirujuk sebagai berkata.
Anwar ketika krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru berkali-kali menyanggah titah Sultan Selangor apabila berkeras mahu menamakan isterinya yang juga ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, yang dipaksa meletakkan jawatannya.
Tindakan Anwar yang seolah-olah memaksa Sultan Sharafuddin untuk melantik Azizah bagi mengetuai Selangor dikritik banyak pihak. Malah permohonan Anwar dan Azizah untuk mengadap bginda juga tidak diperkenan.
Kedua-dua mereka dilaporkan mahu mengadap Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan Azizah mendapat sokongan majoriti untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.
Keengganan Anwar dan PKR menghantar lebih daripada dua nama calon akhirnya mengundang murka Sultan Selangor.

TETAPI..... Anwar Ibrahim masih layak utk mendapat gelaran 'SERI' apabila......

.
.
.
.
.
.
.
.


No comments: