Friday, 14 November 2014

( VIDEO ) : FERI PENUMPANG DUTA FERI TERBAKAR DI JETI PANGKOR


Sebuah feri penumpang Duta Feri dikhabarkan terbakar di Jeti Pangkor pagi tadi.  Feri yang belum memulakan jadual perjalanan hari ini itu terbakar di bahagian hadapan dan tiada mangsa terlibat. Sehingga berita ini dipaparkan, masih tiada info lanjut yang admin perolehi.



UPDATE :

Sebuah feri penumpang Pulau Pangkor-Lumut terbakar di sebelah Jeti Pangkor petang tadi ketika sedang berlabuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahya Madis berkata tiada penumpang di dalam feri itu ketika kejadian.

Beliau berkata 60 peratus daripada feri itu terbakar melibatkan bilik jurumudi hingga kerusi penumpang bahagian dalam dan luar.

Pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.46 petang dapat memadam sepenuhnya kebakaran pada pukul 4.35 petang.

Punca kejadian masih disiasat.








Post a Comment