PUTRAJAYA 7 Nov : Hari terakhir rayuan kes liwat yang memasuki hari ke-8 (semalam) menyaksikan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kemarahan yang tidak terhingga terhadap Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Anwar mendakwa Muhammad Shafee sebagai sombong dan angkuh apabila mengeluarkan kenyataan dalam prosiding rayuan semalam untuk menjadikan prosiding tersebut paku terakhir untuk keranda beliau.
'Semalam saya dukacita Tan Sri Muhammad Shafee yang mewakili Peguam Negara bercakap sombong dan angkuh kerana mengatakan akan meletakkan paku terakhir dalam keranda Anwar.'
'Dia mesti ingat dia di sini bukan sebagai musuh politik mewakili UMNO. Dia mesti bertindak sebagai pendakwa raya yang nak mempertahankan kebenaran dan tahap professionalisme. Jadi hari ini tidak ada keranda dan tidak ada paku, Hari ini tidak ada keranda tidak ada paku,' kata Anwar.

Sementara itu, Muhammad Shafee yang ditemui kemudian berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk meletakkan paku terakhir terhadap keranda Anwar sepanjang prosiding rayuan itu berlangsung.
'Apa kenyataan saya yang membuatkan saya tidak profesional? Saya tidak pernah berkata demikian. Saya tak pernah keluarkan perkataan pin atau jarum atau paku dan saya tak pernah langsung sebut perkataan keranda,' tegas Muhammad Shafee.
No comments:
Post a Comment