Wednesday, 26 November 2014

'SEMUT API' PUTERI UMNO vs 'RED BEAN ARMY' DAP ???

KUALA LUMPUR 26 Nov - Pergerakan Puteri UMNO akan mewujudkan barisan semut api yang berperanan mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial.


alt

Ketua Pergerakannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara ini merupakan antara tanggungjawab sayap untuk memastikan pemikiran generasi muda bersih dan mendapat maklumat yang tepat.

"Kita dekati orang muda, kemukakan bukti dan fakta supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang direka pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita ada ramai pakar teknologi maklumat dan pakar undang-undang. Jadi, kita akan gunakan teknologi digital serta media sosial untuk sanggah semua itu," katanya berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Mas Ermieyati berkata, sifat dan cara kerja semut mengajar untuk mementingkan peradaban hidup, sikap positif dan pentingnya memandang baik dalam hidup ini.

"Semut kecil tetapi gigitan sakit, bekerja secara kumpulan.

"Inilah yang saya mahu terapkan dalam barisan semut api Puteri," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan memberi perhatian kepada perniagaan online bagi memperjuangkan kepentingan wanita Melayu muda dalam sektor ekonomi.

"Kerajaan juga boleh memberi inisiatif potongan cukai serta beberapa keistimewaan khas kepada mereka sebagai galakan menceburi keusahawanan online," katanya.

Post a Comment