DUNGUN – Seorang wanita masih berstatus isteri orang yang menghilangkan diri selama dua tahun, tiba-tiba muncul semula mencari suaminya.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari pulang, wanita terbabit sekali lagi menghilangkan diri sehingga menimbulkan tanda tanya kepada suaminya.
Saiful Bahrin Tahar, 30, berkata, kira-kira tiga tahun lalu, dia mengahwini seorang wanita Thailand dikenali sebagai Fatimah Ali, 24.
Namun katanya, selepas mendapat seorang cahaya mata, berlaku perselisihan faham menyebabkan isterinya melarikan diri dan meninggalkan dia bersama anak lelaki mereka, Muhammad Nur Ikhwan yang ketika itu berusia lima bulan.
Kata Saiful, dia cuba mencari isterinya di beberapa tempat, namun gagal sehinggalah dia berkahwin lain dan kini anak lelakinya itu sudah berusia 2 tahun.
“Bagaimanapun beberapa minggu lalu, saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Fatimah beritahu mahu pulang semula ke pangkuan saya,” katanya.
Saiful berkata, dia bersetuju bertemu semula dengan Fatimah dan akan merujuk kesnya kepada agensi berkaitan untuk mengesahkan status perkahwinan mereka.
“Bimbang tindakan saya diketahui isteri baru, saya letak Fatimah di rumah ibu angkat.
“Namun ketika ingin berjumpanya pada 18 November lalu, ibu angkat saya beritahu Fatimah sudah keluar rumah pada 17 November lagi, kononnya dijemput saya sendiri,” katanya.
Bimbang berlaku sesuatu kerana Fatimah turut membawa bersama anak lelaki mereka, Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Dungun.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan dan menurutnya kes sedang disiasat.
No comments:
Post a Comment