Dunia sekarang semakin lama semakin mendapat perhatian oleh penggemar-penggemar laman sosial. Kini, semakin ramai yang bertindak menjadi juri di laman-laman terkemuka seperti facebook , twitter dan sebagainya lagi . Dari hari ke hari, ada sahaja manusia yang tidak henti-henti menghantar ‘troll’ bagi menjatuhkan seseorang.
Menteri Kehakiman ,Chris Grayling daripada Amerika Syarikat telah mengklasifikasikan ‘troll’ adalah satu jenayah dan boleh dipenjarakan sehingga dua tahun. Jenayah ‘troll’ internet adalah satu kerja pengecut dan mampu meracuni kehidupan negara . Dunia mampu lumpuh sekiranya tidak dibendung dengan kadar segera.
Undang-undang ini akan dikuatkuasa dengan kadar segera bagi membantaras gejala tidak diingini. Perubahan ini akan mejadikan ia sebagai pindaan kepada Rang Undang-undang Keadilan Jenayah dan Mahkamah. Pihak parlimen negara akan menentukan tarikh yang sesuai untuk berkuatkuasa. - utaranews