Thursday, 2 October 2014

RAS ADIBA RADZI DIMASUKKAN KE ICU AKIBAT DEMAM PANAS.... SEMOGA CEPAT SEMBUH...


PETALING JAYA: Personaliti Ras Adiba Radzi, 46, dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU), di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat demam panas.


Salah seorang ahli keluarganya berkata, bekas pengacara TV3 itu mengalami demam dan segera di hantar bagi mendapatkan rawatan pada Selasa.

“Keadaannya sangat lemah tetapi ia stabil. Saya berharap agar kita dapat doakan kesihatannya,” ujar ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya.

Individu berkenaan juga meminta agar nama lokasi tempat rawatannya juga dirahsiakan untuk mengelak gangguan daripada orang ramai kerana wanita berkenaan perlu diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.

Ras yang terkenal sebagai pembaca berita sukan Buletin Utama telah bernikah dengan penasihat kewangan iaitu Ilias Yaakop, 46, pada 28 Julai 2013. - Mstar