Thursday, 2 October 2014

PELAJAR TINGKATAN 3 SMK SYED ALWI MAUT JATUH DARI SILING DEWAN AKIBAT DIBULI RAKAN ???

Pelajar Maut Jatuh Dari Siling Dewan Sekolah di Kangar

SEMALAM gempar dengan berita seorang pelajar lelaki dari SMK Syed Alwi Kangar Perlis maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.


Pelajar tersebut, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, yang jatuh dalam keadaan tertiarap di lantai dewan yang dijadikan tempat solat zohor bagi warga sekolah, maut dengan kecederaan parah di bahagian muka akibat terjatuh daripada siling dewan setinggi 30 meter.



Dari berita yang dilaporkan semalam juga menyebut bahawa mangsa berseorangan ketika memanjat bahagian siling itu selepas memecah masuk pintu belakang dewan.  Malah, Pegawai Pendidikan Negeri, Dun Kasa, berkata bahawa mangsa hadir ke 2 kelas awalnya tetapi tidak hadir ke kelas selepas waktu rehat. 

Namun begitu, di dalam media sosial ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Menerusi fanpage Sukan Star, ramai pembaca memberikan komen atau punca kematian remaja malang tersebut.

Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah

Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya. Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas siling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu. 

Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah

Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah


Jika ianya disebabkan seperti apa yang dikatakan oleh Syazwan Aiman dan Faridah Abu Seman adalah benar.... memang sedih dan kesian. Mungkin kawan-kawannya ingin bergurau dan tidak menyangka akan berlaku sehingga sedemikian. Ingatlah MALANG TIDAK BERBAU...

Alfatihah untuk arwah Muhamad Hakimi Zulkifli... semoga Allah tempatkan rohmu bersama-sama dengan roh orang2 yang soleh dan beriman...