Sunday 19 October 2014

LELAKI MELECUR 80% TERKENA RENJATAN ELEKTRIK MENINGGAL DUNIA


Minggu lalu, Blog ini telah memaparkan mengenai berita seorang lelaki yang badannya melecur 80% akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik TNB di Bachang. Bagaimanapun, selepas dua hari bertarung nyawa,  lelaki tersebut telah meninggal dunia. Lihat foto dan kisah sebelumnya DI SINI......


Lelaki berusia 39 tahun itu meninggal dunia di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Melaka pada jam 9.05 malam.

Lelaki itu meninggal dunia disebabkan masalah kegagalan pelbagai organ dalaman. Mayatnya telah dituntut oleh ahli keluarganya keesokkan hari (khamis).

Dalam kejadian kira-kira 1 petang, Isnin lalu, mangsa ditemui melecur 80% oleh orang awam setelah terkena renjatan elektrik. Mangsa dilihat berlari dari kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad ke kedai berhampiran dalam keadaan tubuh berasap untuk meminta pertolongan.