Percaya atau tidak, isu mengenai Rozita Che Wan bakal ditaja KPJ untuk kos rawatan bersalinnya masih lagi jadi story paling panas minggu ini.
Macam biasalah. Ada yang menyokong dan ada juga yang menyelar tindakan hospital swasta berkenaan sekaligus menyatakan bahawa ramai lagi orang yang lebih memerlukan bantuan sedemikian rupa.
Mungkin dek kerana sudah terlalu kerap diprovok dengan isu ini, akhirnya tahap kesabaran Rozita Che Wan sudah mencecah tahap maksima.
Kami pun jadi speechless bila Rozita Che Wan membalas komen tersebut dengan bahasa yang agak kasar. Bukan sahaja kami yang terkejut, malah followers Instagramnya pun tak sangka dengan perkataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu.-ob