Saturday 25 October 2014

ISTERI PERTAMA USTAZ AZHAR IDRUS MERINTIH PASAL VIDEO SEKS SUAMINYA ???


Sejak penyebaran gambar-gambar printscreen yang dikatakan diambil dari rakaman video perlakuan seks seorang lelaki yang mirip penceramah terkenal, ramai peminat-peminat penceramah berkenaan mengambil sikap berdiam diri dan tak memberikan respon kritikal.

Mereka mungkin mahu menunggu sama ada penceramah berkenaan akan membuat laporan Polis terhadap 'video fitnah' yang dikatakan membabitkan diri beliau.

Walau bagaimanapun, menurut sumber terdekat dengan penceramah berkenaan, tiada laporan Polis akan dibuat kerana penyebaran video berkenaan dikatakan bertujuan jahat sengaja mahu menjatuhkan imej penceramah tersebut.

Heran pulak kann.., kalau dah betul video tu adalah fitnah yang sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu, kenapa pulak tak mahu dilaporkan kepada pihak Polis? Takkan penceramah berkenaan tak percaya kepada pihak berkuasa kot?

Dan kalau betul video tu adalah agenda jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej popular penceramah berkenaan, memang patut lah tindakan tegas diambil di pihak penceramah berkenaan. Kenapa tak berani nak ambil tindakan sedangkan video berkenaan didakwa palsu oleh mereka?

Ada dua spekulasi je yang boleh dibuat diatas keengganan penceramah serta peminat beliau mengambil tindakan.. Satunya ialah mereka tak mahu membesarkan cerita tentang video tersebut.., dan keduanya ialah sama ada video tersebut adalah asli!

Sebelum ni, ada komen didalam media sosial yang mengesahkan video tersebut adalah asli melibatkan penceramah berkenaan serta isteri ketiganya.. Manakala rakaman tersebut pula dikatakan dibuat secara sembunyi mengunakan spy cam.


Biar apapun spekulasi yang dibuat didalam media maya.., kesian pulak rasanya bila membaca luahan hati isteri pertama penceramah berkenaan didalam akaun facebook beliau. Semoga beliau tabah menghadapi segala dugaan yang melanda keluarganya ini.

Semua apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Sebagai manusia biasa, kita memang tak terlepas dari sebarang kekurangan. Begitulah juga dengan penceramah popular berkenaan.