Thursday, 9 October 2014

FENOMENA INDAH GERHANA BULAN 'BERDARAH'


Pada 8 oktober 2014, berlaku fenomena luar biasa di langit yang dapat disaksikan dengan mata kasar iaitu gerhana bulan ‘berdarah’ (blood moon).

Gerhana bulan ‘berdarah’ merujuk pada fenomena kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari.

GAMBAR GERHANA BULAN di Laguna Park Pulau Indah Pelabuhan Klang

Biasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya Umbra oleh atmosfera bumi kemudiannya mewujudkan pemandangan bulan kelihatan merah seperti darah.



Peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini tidak terjejas walaupun jerebu melanda di beberapa kawasan di seluruh negara.

Gambar yang berjaya dirakamkan di Tambak Pontian Kecil Johor Bharu

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail memberitahu Bernama di sini hari ini, keadaan jerebu adalah sederhana dan tidak menjejaskan penglihatan untuk melihat fenomena gerhana itu.

"Jerebu tidak tebal. Ia tidak menghalang orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini," katanya.

Gambar gerhana bulan yang berjaya dirakamkan di Pekan nanas

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan hanya Tanjung Malim, Perak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan (112) setakat pukul 6 petang.

Sebanyak 34 kawasan mencatat IPU sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (72), Kemaman, Terengganu (64) dan Kuala Selangor, Selangor (53).

Gerhana Bulan pandangan dari Sungai Petani


Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Sementara itu, menurut laman web Persatuan Falak Syari Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh berlaku pada malam ini iaitu bersamaan 14 Zulhijjah.

Gerhana Bulan pandangan dari Bukit Piatu, Melaka

Gerhana itu dapat dilihat dengan mata kasar bermula pukul 5.15 petang dan berakhir pada 8.34 malam.

Gerhana bulan akan hanya dapat kelihatan di seluruh Malaysia ketika waktu Maghrib, iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan di langit timur.
Kali terakhir fenomena ini disaksikan adalah pada 15 April lalu.


Berikut antara gambar gerhana bulan ‘berdarah’ yang dirakamkan berlaku di langit Malaysia antara jam 5.14 petang hingga 8.34 malam tadi di Putrajaya dan Kuala Selangor.

Gerhana Bulan pandangan dari Menara Kuala Lumpur

FENOMENA gerhana bulan berlaku menerangi langit dekat Jambatan Pulau Pinang, Georgetown jam 7.30 malam dirakamkan di Persiaran Bayan Mutiara berhampiran Pantai Jerejak. SUMBER - taotauajerblogs