Monday, 6 October 2014

3 PENGANUT HINDU MARAH SEMBELIH QURBAN DI SURAU... TAKKAN NAK SEMBELIH ATAS JALANRAYA !!!!


Atas alasan kononnya menimbulkan ketakutan dan trauma kepada kanak-kanak, tiga orang lelaki India memasuki pekarangan sebuah surau di Teluk Panglima Garang, Selangor dan melarang penyembelihan haiwan-haiwan korban.

Walaupun ini adalah berita baru, tetapi ia sebenarnya bermula dari tahun lepas lagi apabila seorang India DAP mengejek-ejek agama Islam dan ibadah Korban umat Islam yang disifatkannya sebagai kejam.



Menariknya, orang Melayu-Islam yang berhadapan dengan provokasi tersebut hanya mampu membuat laporan polis.

Bandingkan pula begini... dan Teluk Panglima Garang sahaja boleh dijadikan contoh bandingan.

Berapa banyak kuil untuk segala macam dewa di sepanjang jalan di Teluk Panglima Garang dengan sebahagian besar daripada kuil-kuil tersebut didirikan secara haram dan tidak menghadapi ancaman perobohan atas alasan menjaga toleransi kaum?

Berapa ramai pula kaum India di Teluk Panglima Garang yang mabuk dan minum arak secara terbuka selain terdedah kepada anak-anak kecil?



Baca selanjutnya DI SINI

Lembu dianggap haiwan suci bagi penganut Hindu dan itu kami faham malah sangat bertoleransi mengenainya. Tapi jika anda tidak bertoleransi dengan agama lain di negara majmuk ini lebih-lebih lagi yang penduduknya majoriti Melayu beragama Islam dan telah termaktub di dalam Perlembagaan bahawa Islam itu adalah agama rasmi persekutuan, anda seolah-olah mencipta 'permusuhan kaum' secara terbuka....

Malahan Kami juga boleh menghalang perayaan Thaipusam dengan alasan yang sama MENGOTORKAN JALAN RAYA, PEMBAZIRAN (KELAPA DIHEMPUK KE JALANRAYA DAN DIBIARKAN DIBUANG MACAM TU SAHAJA),  KETAKUTAN BAGI KANAK KANAK DENGAN RITUAL MENCUCUK PELBAGAI BENTUK BESI DI ANGGOTA BADAN. KETIKA PERARAKAN JUGA MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA.... !!!

Kenapa baru hari ini mereka 'melalak' sedangkan ibadah korban ini dah pun dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi di mana baginda telah diperintahkan oleh Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail, lalu kedua-duanya sabar dan mentaatinya, kemudian Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibasy. Maka hendaklah kaum muslimin mencontohi sikap Nabi Ibrahim dan Ismail yang mendahulukan perintah Allah.