Tuesday 16 September 2014

ADUN SERI ANDALAS TINGGALKAN PKR ???


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menafikan beliau keluar daripada parti KEADILAN

Penafian ini dibuat berikutan tersebarnya satu akuan bersumpah bahawa beliau bertindak meninggalkan KEADILAN.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku  Ahli Dewan Negeri N.49 Seri Andalas telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat.


“Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah palsu ‘completely fake’,” katanya dalam kenyataan.

Tegas Xavier, akuan bersumpah palsu tersebut dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baiknya serta bertujuan untuk mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar yang kini cuba diselesaikan secara baik dan bijaksana.

Beliau yang juga Ketua Cabang Kota Raja membuat  laporan polis dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa kemuka keadilan.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya  mengambil tindakan undang-undang yang sesuai,” katanya.

- KEADILANDAILY

No comments: