KUCHING : Seorang penuntut warga Zimbabwe berusia 24 tahun dari sebuah universiti swasta di sini, dikuarantin setelah disyaki dijangkiti virus Ebola.
Menteri Muda Kesihatan Awam negeri, Datuk Dr Jerip Susil mengesahkan pelajar tersebut mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Kuching pada petang Sabtu kerana tidak sihat.
“Dia memberitahu petugas hospital bahawa dia baharu saja berhubung dengan rakannya dari Nigeria dan hospital swasta itu mengambil langkah pencegahan awal.
“Doktor di hospital terbabit menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri dan pelajar itu kemudiannya diletakkan ditempat pengasingan di Hospital Umum Sarawak pada Ahad,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Dr Jerip menegaskan pelajar terbabit tidak menunjukkan simptom Ebola dan rakan pelajar itu yang baharu saja pulang dari Nigeria berada dalam keadaan sihat.
“Pelajar itu tidak muntah dan mengalami cirit-birit.
“Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengaktifkan ‘langkah pencegahan peringkat tertinggi’,” katanya.
Dr Jerip berkata, keputusan ujian terhadap penuntut itu akan diketahui dalam minggu ini.
Kenapa kenyataan mereka bercanggah..???
No comments:
Post a Comment