Tuesday, 16 September 2014

BEKAS PEMIMPIN DAP TUBUHKAN PAP ???


Sebentar tadi di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Pulau Pinang. Diadakan satu sidang akhbar bagi penubuhan jawatankuasa penaja parti politik yg dinamakan People's Alternative Party (PaP) yang terdiri dari berbilang kaum yang berlandaskan ideologi Liberal Demokratik.


Parti ini adalah sebuah parti bebas yang tak terikat dengan mana-mana parti lain yang akan menyokong kebenaran dan menolak kemungkaran serta sentiasa menjunjung perlembagaan negara.

Presiden Penaja parti ialah Encik Zulkifli Md Noor yang merupakan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan manakala majlis pelancaran Parti akan diadakan di Kuala Lumpur setelah selesai segala urusan pendaftaran dengan ROS.

Sumber : AnakSeberang

PAP (People's Action Party - parti yang memerintah negara jiran, Singapura) dan PaP adalah parti yang berlainan dan tiada kaitan sesama mereka... harap maklum.

Post a Comment