Monday, 4 August 2014

PEMANDU SETIA KELUARGA KARPAL DIBIARKAN MERINGKUK DALAM PENJARA !!!


BEKAS pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam, 27, seorang warganegara India yang telah berkhidmat dengan setia bertahun-tahun kini terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai lalu setelah dituduh kerana didakwa memandu secara cuai dan berbahaya.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 tahun yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor setelah dipilih pada 25 Mei lalu menggantikan kerusi tersebut yang kosong ekoran kematian bapanya pada 17 April lalu serta turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak itu berlaku memberi alasan beliau tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan beliau juga adalah saksi kejadian.

Sejak itu Selvam telah direman dan terpaksa meringkuk dalam penjara dengan tiada siapa yang sanggup tampil membantu.

Bagaimanapun, pagi Isnin, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan bertindak membantu C. Selvam dengan membayar wang jaminan dan memberi khidmat guaman selepas  keluarga Karpal  dan DAP enggan berbuat demikian.

Dangan nada menyindir, Huan bertanya kenapa DAP begitu cepat menawarkan khidmat guaman kepada Kiki, wanita yang dirakam memaki seorang warga emas dan memukul keretanya dengan ‘steering lock’ di Kuantan.
“Mungkin DAP hanya mahu membantu kalau sesuatu kes dapat membantu parti mereka dapat publisiti sahaja,” katanya.

No comments: