Tidak dinafikan, hebatnya penangan media
sosial di Malaysia dalam semua aspek, telah memberi impak yang sangat
besar sehingga merubah struktur kehidupan harian rakyatnya.
Tahukah anda, bahawa rakyat Malaysia
secara puratanya memiliki 233 orang rakan dalam satu akaun media
sosialnya? Mungkin bilangan ini kelihatan kecil, namun bilangan purata
tersebut adalah tertinggi di dunia untuk seseorang yang memiliki akaun
media sosial (sumber: wearesocial.sg). Sedang kajian tersebut dibuat pada Disember 2011, penulis merasakan bilangan tersebut telah berganda pada masakini.
Dengan jumlah penduduk seramai 29 juta lebih, 15.6 juta daripadanya adalah pengguna aktif laman sosial “Facebook” pada Jan 2014 (sumber: US Census Bureu, InternetWorldStats, ITU, Facebook). Malah, mengikut satu kajian yang penulis baca di internet (terlupa sumber),
sewaktu musim Piala Dunia, rakyat Malaysia adalah yang tertinggi
dilanda “demam piala dunia” dengan kecoh media sosial membicarakan
tentang kejohanan itu berbanding negara seperti Argentina dan Portugal!
Walhal, kita hanyalah penonton berbanding Argentina dan Portugal yang
layak ke kejohanan bolasepak terunggul di dunia itu!
Apa relevannya fakta diatas dengan ketakutan Israel kepada pengguna media sosial di Malaysia?
Minggu lalu, kita dikejutkan dengan
tindakan Facebook yang didakwa sengaja menghalang akses ke blog milik
Tun Mahathir ekoran artikel ‘The Jews’ yang ditulis oleh Tun sendiri.
Beberapa akaun Facebook milik rakyat Malaysia yang pro kepada Palestin
pula dikhabar menerima “amaran” dari Facebook yang akaun mereka boleh
ditamatkan.
Begitu juga yang berlaku ke atas seorang
penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke
atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran yang
sama oleh Facebook. Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah
menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.
Apa yang sebenarnya sedang berlaku?
“Non-violent resistance”, adalah teknik
yang diperkenalkan secara meluas oleh Gene Sharp melalui bukunya, “From
Dictatorship to Democracy”. Gene adalah rakyat Amerika, yang mana
dikaitkan dengan National Endownment for Democracy (NED) tajaan George
Soros.
“Non-violent resistance” adalah
teknik yang digunapakai oleh pejuang Palestin sejak dahulu. Bukan
sesuatu yang baharu kepada kita, apabila melihat rakyat Palestin, tanpa
sebarang senjata dan hanya berbekalkan batu mempertahankan tanahair
mereka. Dengan keadaan daif seperti itu, pihak musuh masih belum mampu
untuk mematikan semangat juang Palestina.
Apa rahsianya? Melalui kajian, Gene
mendapati bahawa gambar-gambar serta video-video di media massa tentang
pembunuhan, kematian dan tangisan ini dalam menuntut kebebasan Palestin
tanpa ada keupayaan untuk bertindakbalas melalui ketenteraan telah
menjadi nadi dan berkobarlah semangat perjuangan yang tidak pernah
luntur. Itu adalah intipati semangat Palestin, melalui penderitaan. Dan
rasanya kita semua setuju, semangat kita sangat memuncak ketika ini,
sedang saudara-saudara Palestina kita dibedil setiap saat oleh rejim
laknatullah.
Runtuhnya Soviet Union adalah melalui
sumbangan buku tersebut. Terhasillah beberapa negara seperti Ukraine,
Kazakhstan dan lain-lain lagi. Huru hara di negara-negara Arab sebelum
ini juga dikaitkan dengan strategi yang serupa.
Itu hebatnya hasil kebersamaan
“non-violent resistance” dan media. Rata-rata pengguna media sosial di
Malaysia hari ini melebarkan protes akan kezaliman Israel dengan
memuatnaik kisah penderitaan Palestin dalam bentuk foto, video malah
ilustrasi grafik. Ini bermakna kisah tersebut, dengan kekuatan jumlah
pengguna Facebook seperti yang penulis terangkan di perenggan ketiga,
telah menjadi “viral” dan “virality” ini tiada sempadan garis pemisah.
“Tag” sahaja rakan kenalan di US atau UK, maka sampailah mesej tersebut
ke sana.
Ini yang amat dikhuatiri oleh Israel,
yang lantas mengarahkan ejen-ejen mereka yang bertebaran seantaro dunia
untuk menyekat kemaraan media sosial dari Malaysia yang menceritakan
kebenaran. Yang melucukan, kini Israel pula menggunakan teknik yang sama
melalui media sosial dalam pembinaan persepsi, yang menggambarkan
kononnya mereka tidak bersalah dan diserang, dan berlakunya pembunuhan
ke atas rakyatnya. Tidak cukup dengan itu, penulis terbaca tentang
teknik mereka untuk menyolek tubuh badan dengan warna merah (darah) bagi
menggambarkan kecederaan serius kononnya akibat serangan balas Briged
Izzuddin Al Qassam sebelum dimuatnaik ke laman sosial. - MYKMU
No comments:
Post a Comment