Saturday, 2 August 2014

AMAR BAHARIN SANGGUP DATANG DARI JAUH DEMI NAK RAYA DENGAN 'BUAH HATI' ???

izreen dan amar baharin

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) sudah lama tamat. Sebelum ini gambar-gambar mesra Amar Baharin dan Izreen Azminda ‘terpaksa’ dikongsikan di Instagram mereka untuk tujuan promosi drama tersebut. Namun nampak gayanya walaupun drama tersebut telah berakhir, kemesraan antara Abang Zen dan Indah ini masih jelas terserlah. Mana tidaknya, Amar Baharin sanggup datang ke Kedah daripada KL semata-mata untuk beraya dengan Izreen. Sweet gitu!!!


Bukan dekat jarak perjalanan yang ditempuhi oleh Amar Baharin, namun pengorbanan yang dilakukan pasti berbaloi kerana dapat melihat wajah Izreen Azminda menyambut kedatangannya. Mungkinkah hubungan mereka kini sudah lebih daripada sekadar pasangan kekasih di lokasi drama? Hanya Izreen dan Amar sahaja yang mengetahui. Tulis Izreen mengenai kehadiran Amar ke rumahnya:-
Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la….so sweeetttttt…tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i…
izreen dan amar baharin
Kalau sudah timbul perasaan sayang, pasti para peminat merestui hubungan mereka berdua. Kedua-duanya memang secocok. Gandingan mereka di dalam drama KTAR pun sudah cukup mengujakan. Kalau benar-benar bercinta, pasti manis sangat-sangat. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Izreen dan Amar. Semoga ada jalan untuk mereka berdua.  SUMBER

No comments: