Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas tidak ada gelaran Tan Sri.
Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas bukanlah seorang CEO kepada sebuah syarikat GLC.
Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas juga tidak mungkin ada menjadi CEO Petronas.
Dan kalau bukan kerana dia seorang Melayu, pastinya Shamsul Azhar Abbas tidak akan mudah LUPA DIRI dan lupa di mana letaknya daratan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Azhar Abbas membabitkan Melayu dan perniagaan, serta pembabitan Melayu dalam PETRONAS, ternyata melukakan hati banyak pihak. Dengan menggambarkan Melayu sebagai pihak yang tidak WAJIB diberikan peluang oleh PETRONAS kerana Melayu tidak berdaya saing, tidak tahu buat kerja dan Melayu tidak memiliki keprofesionalisme, Shamsul Azhar Abbas cuba pula menggambarkan dirinya sebagai liberal, menjadi CEO Petronas pada kedudukan 'bukan bangsa' dan tersangatlah profesional!Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas bukanlah seorang CEO kepada sebuah syarikat GLC.
Kalau tak kerana DASAR MELAYU, Shamsul Azhar Abbas juga tidak mungkin ada menjadi CEO Petronas.
Dan kalau bukan kerana dia seorang Melayu, pastinya Shamsul Azhar Abbas tidak akan mudah LUPA DIRI dan lupa di mana letaknya daratan.
Hakikatnya, Shamsul Azhar Abbas sebenarnya adalah cerminan kepada Melayu yang sentiasa mudah lupa diri dan tidak kenang diuntung!
Apakah di dalam kepala Shamsul Azhar Abbas, dia menjadi CEO Petronas kerana dia adalah rakyat Malaysia atau kerana dia seorang Melayu?
GLC ditubuhkan dan diambilalih oleh Kerajaan kerana sebahagiannya adalah dasar '30% KEK EKONOMI UNTUK ORANG MELAYU'. Kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Petronas itu sebenarnya tidak layak langsung bagi seseorang yang diamanahkan oleh Kerajaan untuk menjalankan dasar-dasar tersebut. Dia tidak profesional dan tidak terbuka langsung kerana terlupa bahawa kedudukannya di dalam Petronas adalah kerana kepentingan Melayu dan Bumiputera.
Bagaimana dia hendak menerangkan tentang daripada 74 syarikat vendor Melayu-Bumiputera menjadi 9 syarikat sahaja yang terlibat dengan Petronas? Adakah kerana 65 syarikat vendor Melayu-Bumiputera tersebut tidak layak langsung? Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas yang ditamatkan riwayat mereka oleh Shamsul dan dasar-dasarnya apabila projek-projek tetap tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat bukan Melayu-Bumiputera yang prestasi dan keupayaannya tidaklah lebih baik daripada syarikat-syarikat berkenaan seperti contoh PEMBEKALAN MAKANAN RINGAN di kiosk Petronas?
Shamsul Azhar Abbas bercakap tentang cita-cita PETRONAS untuk menjadi setara dengan Shell, Exxon-Mobil dan sebagainya, namun Shamsul Azhar Abbas terlupa pula menyatakan bahawa PETRONAS adalah bermodalkan awam. Shamsul Azhar Abbas terlupa juga bahawa salah satu daripada tanggungjawab utama GLC seperti PETRONAS adalah membantu dasar-dasar kerajaan. Kecuali PETRONAS menjadi swasta sepenuhnya, maka PETRONAS tidak layak langsung untuk menjadi sebuah syarikat korporat yang kerjanya hanyalah mengira keuntungan. Dan tanggungjawab PETRONAS tidak hanya menjadi salah satu daripada instrumen perolehan utama negara, tetapi juga sebagai salah satu instrumen yang memastikan dasar kerajaan mewujudkan penguasaan 30% Melayu-Bumiputera dalam bidang ekonomi, tercapai.
Bagaimanapun Shamsul Azhar Abbas sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Kebanyakan orang Melayu mempunyai daya pemikiran seperti Shamsul Azhar Abbas. Apabila mereka berjaya dengan dasar kerajaan, mereka akan mengatakan dasar tersebut tidak lebih baik dan tertutup. Mereka mahu dasar tersebut diubah dan dibuka kerana bagi mereka dasar sedia ada sangat buruk dan terkutuk walaupun mereka sendiri sebenarnya terlahir daripada sistem yang dikutuk, disindir dan dipersendakan!
Selayaknya, Najib Abdul Razak merenung seketika masalah yang bakal dihadapi oleh Melayu-Bumiputera dalam tempoh sedekad terdekat ini jikalau orang seperti Shamsul Azhar Abbas terus dibiarkan berada dalam jaluran GLC yang sepatutnya membantu Melayu-Bumiputera!!! sumber
No comments:
Post a Comment