Foto mereka yang sama-sama di lokasi tersebut mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung tersebar di media sosial.
Isnin lalu, rombongan Ahli Parlimen Kluang itu telah dihalang daripada memasuki kawasan Bazar Ramadan tersebut.
Rata-rata komen di media sosial menganggap tindakan Ketua Pemuda UMNO Kluang itu sebagai satu politik yang matang.
Sebelum ini, Khairul menyelar tindakan segelintir petugas yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang itu dari bazar tersebut.
“Kami dengan tegas dan lantang, mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadan Kluang adalah tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuka UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah di atas kapasiti individu,” katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bandar Kluang. Astro Awani

No comments:
Post a Comment