Thursday 24 July 2014

MAZIDUL AKMAL SIDEK... SEMOGA CEPAT SEMBUH...


UMUM tahu, ketika semua umat Islam membuat persediaan untuk menyambut Ramadhan 1435 H, wartawan dan blogger terkenal tanahair, Mazidul Akmal Sidek telah dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar. 


Hari ini, sudah lebih sebulan, wartawan rancangan jenayah 999 itu menerima rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Gambar terkini Mazidul seperti yang dipaparkan  menerusi laman mediarfm.blogspot.com, kelihatannya beliau seperti masih dalam keadaan separa sedar selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam kepalanya.
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA MAZIDUL CEPAT SEMBUH DAN PULIH SEPERTI SEDIA KALA.

No comments: