Monday, 21 July 2014

KETUA PEMBERONTAK SAHKAN MILIKI KOTAK HITAM #MH17


DONETSK : Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.


Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.

Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.

Post a Comment