Monday, 21 July 2014

TRAGEDI #MH17 : MAYAT MANGSA DIJADIKAN TAWANAN OLEH PEMBERONTAK

Pemberontak pro Rusia menjadikan mayat mangsa MH17 tawanan untuk tuntut wilayah mereka, lapor akhbar. Gambar fail. 
Pemberontak pro Rusia di kawasan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas menjadikan mayat penumpang pesawat malang itu sebagai ‘tawanan’ untuk mendapatkan wilayah mereka, lapor akhbar.

Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.

"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.

Media BBC melaporkan mayat penumpang yang disimpan dalam ruangan sejuk beku itu di dalam keretapi pula tidak didedahkan lokasinya.

Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik Ukraine.

Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.

Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup jejak mereka. – 21 Julai, 2014.

TMI

Post a Comment