Saturday 5 July 2014

(FOTO) : CANTIKNYA ZIANA ZAIN BERHIJAB


PASTI ramai peminat penyanyi bersuara lantang ini gembira dengan perubahan dirinya sekarang. 

Sebelum ini, anak sulungnya, Muhammad Aiman pernah bertanyakan kepadanya,

"Bila mama nak pakai tudung?"

Biarpun sudah beberapa kali ditegur oleh anaknya bila nak bertudung, namun Ziana tidak pernah memarahi Aiman. Malah dia lebih bersyukur dan berharap agar Aiman dapat membimbing adiknya nanti.

Alhamdulillah, Ziana Zain kini sudah pun berhijab. Admin tidak pasti adakah perubahan ini semasa bulan Ramadhan sahaja atau sejak dari sebelum Ramadhan lagi.

Orangnya cantik dan anggun.... walaupun berhijab tetap kelihatan cantik, malah bertambah anggun.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama doakan agar perubahan baik ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

2 comments:

seven said...

lepas ni aku da tak minat ziana zain la.. selama ni minat kat dia.. sbb aku ni bukan muslim..jd tak minat dgn artis pakai tudung ni..apa pun tahniah ya

normenbuddy said...

racist sungguh statement kau ya seven...