Saturday 7 June 2014

(VIDEO) : BUDAK LELAKI 2 TAHUN SELAMBER HISAP ROKOK TEPI JALAN


Sebuah rakaman rakaman video memperlihatkan seorang budak dari China berusia sekitar dua atau tiga tahun tengah merokok seperti layaknya orang dewasa mencetuskan kecaman dari penduduk.


Akhbar Daily Mail melaporkan, Jumat (6/6), dalam video itu budak kecil kelihatan merokok di pinggir jalan dan orang-orang yang melihatnya mentertawakannya.

Walaupun ramai orang dewasa melihat dia merokok di pinggir jalan tapi tak seorang pun cuba mengambil rokok itu dari dia.

Rakaman video yang dimuat naik ke laman liveleak.com itu mencetuskan perdebatan tentang kebiasaan merokok orang China.

Hingga kini dikatakan sekitar 30 peratus rakyat China adalah perokok. Angka itu bermakna ada kira-kira 300 juta orang. Sebanyak 53 peratus orang dewasa di China juga merokok. 

Namun sejak akhir tahun lalu kerajaan melarang orang merokok di kawasan awam, seperti di sekolah dan hospital. 

Larangan itu dicetuskan peristiwa seorang budak berusia dua tahun bernama Tong Liangliang yang menyalakan rokok setelah diajar oleh ayahnya.


No comments: