Pengumuman tersebut dijangka diumumkan Najib pada satu sidang media yang akan diadakan tengah hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, sebentar lagi.
Najib semalam membayangkan rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang kini dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.
Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu. rakyatnews
No comments:
Post a Comment