Wednesday, 25 June 2014

AKAUN FACEBOOK LOLA TELAH DIGODAM ???


Akaun Facebook wanita yang didakwa ibu kepada remaja OKU malang, Muhammad Firdaus Dullah, 15, telah digodam sejak malam semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun tersebut telah diceroboh sekitar jam 7 petang kelmarin dengan menggunakan nama Syah RilekCrew.

Penggodam turut memuatnaik status yang mengundang kemarahan di akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola itu, menyebabkan ramai pelayar Facebook meninggalkan komen dan kata-kata kecaman kepada pemilik asal akaun tersebut.

Pemilik asal akaun tersebut masih dalam tahanan reman polis sejak Ahad lalu, dijangka dibebaskan hari ini.

Wanita berkenaan didakwa ibu kepada Muhammad Firdaus apabila beberapa keping gambar dipercayai Muhammad Firdaus telah dikongsi dalam akaun Facebook berkenaan.  

Muhammad Firdaus sebelum ini telah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Omar, ketika mengadakan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Flat Taman Semarak, Nilai.

Post a Comment