Wednesday, 25 June 2014

BALU ADUN BUKIT ASEK CEMUH PEMIMPIN DAP 'TIDAK BERHATI PERUT' DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN !!!


Lim Guan Eng bukan sahaja gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga sebagai Setiausaha Agung DAP, dia merupakan antara penyangak paling besar dalam parti tersebut. Ramai yang sudah memperkatakan tentang Lim Guan Eng, dan yang terbaru adalah balu mendiang Wong Ho Leng, ADUN Bukit Asek.

Irene Chang, mencemuh partinya sendiri kerana gagal memberikan atau mewujudkan sebarang sokongan kewangan kepada suaminya sepanjang suaminya menderita penyakit ketumbuhan di dalam otak. Irene Chang berang apabila Lim Guan Eng pada 13 Januari menerusi kenyataan medianya sendiri menyatakan, DAP akan memberikan sokongan moral kepada Wong Ho Leng yang sedang menderita kesakitan.

Bagaimanapun, selepas menggunakan kesemua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi di Singapura selain penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain, tidak ada satu sen pun bantuan diberikan oleh DAP. Sebaliknya Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Ketua Menterinya, Adenan Satem pula yang mengeluarkan perbelanjaan bantuan sebanyak RM1 juta kepada ADUN Bukit Asek itu. 


Irene kesal kerana suaminya hanya berusia 53 tahun dan mereka mempunyai lima orang anak dengan 4 daripada mereka masih bersekolah, belajar di kolej dan universiti, malah sumber pendapatan mereka juga sangat terjejas.

Sebagai seorang peguam, Wong Ho Leng tidak dapat meneruskan kerjayanya itu apabila dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Sibu memandangkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada amalan guamannya, sedangkan kerjaya sebagai peguam itulah yang menjadi punca pendapatan mereka seisi keluarga. Dan sebagai Ahli Parlimen DAP, Wong Ho Leng perlu menyerahkan sebahagian daripada elaunnya kepada parti, sedangkan elaun itu sendiri tidak mampu melunaskan banyak perbelanjaan berkaitan dengan khidmat masyarakat sebagai Ahli Parlimen.

Menurut Irene, setiap bulan, mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk rakyat yang diwakili serta membiayai pusat khidmat yang ditubuhkan. 

Sepanjang PRK Sibu dan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, menurut Irene, mereka telah menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi berjumlah RM700,000 untuk perbelanjaan kempen dan ibu pejabat DAP pula tidak banyak membantu. Ini membuatkan Wong Ho Leng terpaksa meminta bantuan daripada ahli-ahli perniagaan Foo Chow dan mereka berjaya memperolehi lebih RM10 juta daripada rakan-rakan, saudara-mara dan para penyokong.

Menurut Irene, mereka telah berbelanja lebih kurang RM4 juta daripada jumlah tersebut dan bakinya pula dipindahkan dari DAP Sarawak kepada DAP Ibu Pejabat. Wong Ho Leng selepas itu tidak lagi mempunyai akses untuk dana berkenaan.

Apabila Wong Ho Leng jatuh sakit dan memerlukan wang untuk rawatan, Guan Eng hanya berkata, PARTI MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL sahaja tanpa menjanjikan cara bagi sebarang bantuan kepada mereka sekeluarga serta Parlimen Sibu. Guan Eng dan DAP seperti tidak mempunyai hati perut terhadap kesulitan yang dihadapi oleh keluarga Wong Ho Leng.

“Tidak ada satu sen pun yang disalurkan oleh parti selepas apa yang kami lakukan untuk parti,” kata Irene.

Lebih menaikkan lagi kemarahan Irene ialah apabila mendiang suaminya mengadu, DAP telah menyalurkan RM1.3 juta kepada Tony Pua untuk menghasilkan video Gangnam ‘bodoh’ untuk dipersembahkan pada Konvensyen Kebangsaan DAP.

“Ya Tuhan, mereka boleh berbelanja RM1.3 juta untuk video-video itu tetapi mereka tidak ada hati perut untuk menghulurkan walau satu sen pun kepada kami bagi rawatan perubatan Wong. Kepimpinan parti betul-betul tidak ada perasaan dan tidak berperikemanusiaan!”

SUMBER Terjemahan Pisau.Net

Post a Comment