Wednesday 4 June 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT #MH370 DARI SUDUT PANDANGAN TUN M


Selagi kehilangan MH370 masih belum terungkai misterinya, aku masih akan tetap menyiarkan artikel-artikel mengenainya. Sama ada ianya cuma teori atau sekadar tulisan-tulisan yang meluahkan pendapat sendiri dan analisa-analisa berdasarkan kata hati, itu bukan alasan aku untuk tidak memperkatakan mengenainya lagi.  Manalah tau di dalam banyak-banyak artikel tu ada terselit rahsia yang benar tentang kehilangan misteri pesawat canggih seumpamanya itu di dunia ini. Kali ini kita jenguk pulak ke blog mantan Perdana Menteri kita yang 'sangat digeruni di dunia'.... apa katanya?


Untuk kedua kalinya.....Tun Mahathir melalui artikel di dalam blognya yang ditulisnya pada 18 Mei 2014 lalu, merumuskan dengan tegas, bahkan kali ini dengan sangat serius, beliau mengulangi untuk kali kedua bahawa Boeing dan CIA mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi ke atas MH370.

Tun Mahathir meluahkan kesangsiannya dengan menulis bahawa beliau yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial."Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," tulisnya dengan tegas dalam entri berjudul, 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down'.Katanya lagi, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem "pendaratan automatik anti-keganasan"."Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini. Menurut beliau lagi, Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan.

Menurut Mahathir lagi, apa yang naik pasti akan turun."Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau lagi.Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam."Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak. Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"."Saya menulis tentang pelumpuhan sistem komunikasi MH370 dan juga isyarat GPS.

Sistem komunikasi ini telah dilumpuhkan, jika tidak stesen bumi masih boleh menghubungi dan mengesan pesawat. GPS juga telah dilumpuhkan sehingga gagal dikesan oleh satelit yang biasanya menyediakan data pada semua penerbangan komersial, termasuk data kepada lokasi , jenis pesawat , nombor penerbangan, lapangan terbang berlepas dan destinasi. Tetapi semua data ini seolah-olah tidak ada.

Pesawat itu seakan-akan hilang dari semua skrin pengawasan".“Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan oleh sistem itu.

The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, ‘pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas, akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit’.

“Jelaslah Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan,” tegas Tun Mahathir. Sebelum entri ini, Tun Mahathir sudah beberapa kali "menyerang" dan menyalahkan Boeing 100% atas kehilangan MH370. Pada 25 April lalu, Tun Mahathir melalui postingnya berjudul "MH370" - beliau mengecam tahap sistem keselamatan dan komunikasi pesawat Boeing yang sangat mudah dilumpuhkan, menurutnya hampir semua bentuk komunikasi antara pesawat dengan stesen bumi tidak dapat dilakukan walaupun hanya dengan sedikit. Hal ini membuktikan bahawa ia bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, tetapi telah dilakukan oleh pihak lain yang jelas mengawal MH370 untuk dibawa ke kawasan misteri.

"Penerbangan semua pesawat penumpang boleh dikesan walaupun pada telefon mudah alih peribadi. Saya boleh melakukannya pada telefon saya. Jika kapal terbang mendarat saya boleh menonton ia mendarat. Saya juga boleh mendapatkan maklumat tentang mana-mana pesawat di mana sahaja, termasuk syarikat yang membuat dan model yang ia miliki, serta dari mana ia terbang dan ke mana destinasinya."

"Saya percaya terdapat peralatan di atas kapal terbang yang membolehkan ia dikesan - mungkin oleh GPS. Kamera canggih berada di mana-mana - satelit yang dikendalikan oleh sesetengah negara sebenarnya boleh mengambil gambar seorang lelaki di atas tanah dan mengenal pasti siapakah dia. Sesungguhnya kamera satelit boleh melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter dari aras bumi." Jelas Tun Mahathir.Dan pada 9 Mei 2014, Tun Mahathir melalui entrinya berjudul "Responsibility of Airframer" telah menulis isi hatinya seperti berikut, "Sistem komunikasi adalah merupakan nadi bagi pesawat. Dalam mana-mana kecemasan, jpesawat boleh berkomunikasi secara langsung dengan stesen bumi.

Tapi dalam kes MH370 ternyata segala peralatan komunikasi telah gagal.""Pada masa kini, lokasi dan pergerakan semua pesawat komersil dapat dipantau. Sesiapa sahaja boleh melihat di telefon bimbit mereka simbol pesawat terbang di mana sahaja di dunia. Bilangan pesawat yang berdaftar, syarikat yang mengeluarkannya, pemilik pesawat, dari lapangan terbang mana pesawat berlepas dan ke arah mana destinasinya, semua boleh diperolehi melalui telefon bimbit orang lain.

Namun, MH370 boleh hilang sepenuhnya! tanpa kelihatan walaupun dari monitor negara-negara yang memiliki satelit pengintip tercanggih.""Dalam hal MH370 -satunya perkara yang kita tahu dengan pasti adalah bahawa selepas juruterbang bersama berkata "Baiklah, selamat malam " tidak ada komunikasi yang lebih. Tidak terdapat sebarang panggilan dari pesawat lagi, malah stesen bumi juga tidak dapat menghubungi pesawat langsung.

Dalam erti kata lain komunikasi telah terputus sama sekali.""Bagaimanakah ini mungkin berlaku! Apakah juruterbang boleh mematikan seluruh sistem komunikasi? Adakah sistem komunikasi dalam Boeing 777 sangat mudah dilumpuhkan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat? Apakah tiada sistem komunikasi backup? Adakah tidak terdapat sistem keselamatan untuk fasiliti komunikasi yang sangat penting ini? Atau adakah pihak ketiga telah melumpuhkan seluruh sistem komunikasi MH370 itu?"

"Apa sahaja pemberhentian komunikasi yang dilakukan secara tiba-tiba serta menyeluruh. Maka salah seorang daripada juruterbang pasti menyedari akan kegagalan komunikasi tersebut, melainkan jika kedua-duanya bertanggungjawab untuk melumpuhkan sistem. Namun demikian, anak kapal yang lain pasti menyedari dan bertindak apabila melihat pesawat itu tidak lagi mengikut laluan penerbangan yang betul.

Apakah mereka juga tidak cuba bertanya kepada juruterbang mengapakah terjadi sebegini? Jika mereka gagal untuk menghubungi kokpit pesawat, apakah mereka juga kurang mengambil berat akan tanda-tanda ini?""Semua anak kapal mesti membawa telefon mudah alih. Sesungguhnya apabila tidak mendapat penjelasan daripada juruterbang tentang perubahan laluan penerbangan, mereka akan cemas cukup untuk memanggil seseorang di bumi.

Tetapi sebagaimana yang kita tahu mereka tidak melakukannya. Adakah telefon mereka dilumpuhkan? Atau adakah mereka tidak berupaya dalam beberapa cara?""Penumpang juga, pada peringkat tertentu pasti berasa cemas. Apakah tidak ada dalam kalangan mereka yang cuba untuk menelefon saudara-mara mereka? Kita dapati mereka tidak berbuat demikian atau mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah sistem komunikasi telefon mereka juga dilumpuhkan?

Beberapa saudara mara di bumi yang cuba menghubungi mereka dapat mendengar deringan telefon, namun lokasinya tidak dapat dikesan. Tidak ada jawapan. Apakah mungkin semua komunikasi penumpang telah dilumpuhkan?""Tetapi Boeing seperti mayat yang tenang! Tiada penjelasan tentang bagaimana sistem komunikasi dan pemantauan kedudukan boleh gagal dalam menjejaki pesawat Boeing MH370.

Jika ini boleh berlaku kepada MH370 jenis Boeing 777, maka apakah kita masih selamat untuk menaiki pesawat jenis tersebut? Andaian bahawa MH370 telah jatuh ke Lautan Hindi. Bolehkah pesawat yang berat, diperbuat daripada kaca, aluminium , titanium dan komposit , terjun ke dalam laut dan tidak berpecah , meninggalkan bahagian-bahagian yang pecah dan kesan tumpahan minyak.

Walaupun laut tenang, kapal terbang akan tetap pecah apabila jatuh ke lautan. Enjin juga boleh pecah dan meninggalkan kesan minyak dan lain-lain Sama ada juruterbang berada dalam kawalan atau tidak, apabila bahan api telah menjadi lemah, pesawat pasti jatuh. Ia tidak boleh mencapai pendaratan lembut seperti kes Sungai Hudson. Ia mesti jatuh ke laut ganas."

"Walaupun laut kelihatan tenang, pesawat akan terhempas dan pecah. Tetapi mereka mendakwa bahawa keseluruhan badan kapal terbang telah tenggelam utuh ke dalam laut! Apakah ini mungkin? Sehingga kini tiada tanda dan bukti yang menunjukkan pecahan-pecahan komponen pesawat.

Boeing mempunyai banyak persoalan untuk dijawab, sehinggalah pesawat itu ditemui dan sebab-sebab kegagalan peralatan komunikasi serta menjelaskan bagaimana ia boleh hilang sepenuhnya. Seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa pesawat Boeing berbahaya masuk ke negara ini!"

Penjelasan dan pandangan Tun Mahathir - seolah-olah mengesahkan bahawa kehilangan MH370 bukanlah sekadar tragedi atau misteri, namun lebih jauh daripada itu - ia merupakan konspirasi sama ada untuk menutup rahsia besar yang berada di dalam MH370 atau pun ia merupakan titik awal bagi satu rancangan mega untuk dilaksanakan di rantau ini.

RNews

No comments: