Friday, 27 June 2014

KESAL DIMAKI BAPA, NABILA HUDA DELETE SEMUA GAMBAR SEKSI DI INSTAGRAM ???


Nabila Huda yang tidak pernah putus dengan kontroversinya dan yang hangat baru-baru ini dia ditegur oleh bapanya sendiri Amy Search di instragram gara-gara gambar kontroversi.

Terkini di instragram, Nabila Huda meluahkan rasa kesalnya dan seakan-akan merajuk. Apa tidaknya, habis kesemua gambar di instagram beliau dibuang dan hanya ada satu gambar bertulis sahaja yang mana menggambarkan perasaannya.

"Just Upset" itu sahaja perkataan yang di pamerkan di instagram. Kepada siapa dia merajuk SK tidak tahu yang SK tahu beliau juga punya perasaan, buruk baik tingkahlakunya itu pun selagi bernama manusia tidak lepas dengan perasaan sedih dan sebagainya. - utaranews.com

Post a Comment