Sunday, 8 June 2014

GELATIN BABI HALAL DI MAKAN : USTAZ KAZIM SANGGAH KENYATAAN YUSUF AL-QARADAWI

Ustaz Kazim Sanggah Kenyataan Yusuf Al-Qaradawi Gelatin Babi Halal Dimakan
Ustaz Kazim Sanggah Kenyataan Yusuf Al-Qaradawi Gelatin Babi Halal Dimakan

Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.


Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

“Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah,” katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

“Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah,” tegasnya.
Sumber : Sinar
Al Baqarah (2) : 173 - 
 إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
:
”Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah[108]. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

No comments: