Saturday 28 June 2014

3 PROFESOR DARI MALAYSIA MILIKI MINDA SAINTIFIK HEBAT DI DUNIA


Tiga Profesor  daripada Malaysia kini diiktiraf memiliki minda saintifik terunggul di dunia.

Mereka  ialah Prof Dr. Abdul Latif Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia, Prof Dr. Ishak Hakim dari Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof Dr. Saidur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.


Pengiktirafan  kepakaran dilakukan mengikut firma itu dinyatakan dalam satu laporan bertajuk ‘Minda Saintifik Berpengaruh di Dunia 2014, demikian lapor media antarabangsa.

Menurut Thomson Reuters dalam satu kenyataan, ketiga-tiga individu berkenaan diiktiraf berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing, antaranya dengan menghasilkan pelbagai artikel penyelidikan yang menjadi rujukan ahli akademik di peringkat global.

Senarai global itu turut dikenali sebagai hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dan kajian di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, Thomson Reuters bekerjasama dengan Shanghai Jiao Tong University dan pengeluar ‘Academic Ranking of World Universities’ untuk membuat senarai tersebut.

Ini kali ketiga firma itu mengeluarkan senarai global berkenaan dengan siaran pertama pada tahun 2001. 

No comments: