Sunday, 29 June 2014

AKSI 'JOGET' VIDEO CCTV BALING KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH RAYER


Video CCTV yang telah didedahkan oleh pihak berkuasa memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal Yamaha meletakkan kepala lembu yang dibawa dengan guni berwarna putih. Tengkorak kepala  lembu itu  diletakkan betul-betul di hadapan  pintu pagar  rumah Adun Dap Seri Delima, RSN Rayer.


Kepala Lembu yang masih berdarah itu ditemui isteri Rayer kira-kira jam 7 pagi yang kemudiannya memaklumkan kepada Rayer.

Rayer dalam pada itu mengulas akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut hari ini.

Sebelum ini, Rayer pernah mengeluarkan kenyataan 'UMNO Celaka' ketika Persidangan DUN Pulau Pinang yang menimbulkan rasa marah pelbagai pihak.



Dari gambar dan video CCTV tersebut menunjukkan seolah-olah 'mamat' bermotosikal tu tahu mengenai CCTV yang ada di situ dengan membuat aksi 'joget-joget' lagi.... Macam dirancang!!!

Rayer jangan sedap-sedap mulut nak tuduh orang UMNO yang lakukan !  Entah-entah 'orang suruhan' sendiri....!!!

No comments: