Monday 19 May 2014

#PRKTelukIntan : PENYOKONG BN KECOH DENGAN PDRM ???


TELUK INTAN 19 Mei   : 

Satu kekecohan telah berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah diarahkan tidak keluar dari kawasan yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.




Kejadian berlaku apabila berlaku sedikit perselisihan faham selepas selesai perarakan bersama calon BN Parlimen Teluk Intan menyebabkan berlakunya pertelingkahan sehingga tidak terkawal.

Pihak polis dikatakan cuba bertindak menolak lantas mengasari Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin  Abdul Rahman sehingga menyebabkan para penyokong BN memarahi para petugas polis berkenaan.

Insiden dilihat semakin di luar kawalan apabila berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak sehingga kekecohan dilihat di luar kawasan.

Bagaimanapun, perkara itu berjaya dikawal sejurus pihak polis apabila berjaya menerangkan situasi sebenar yang berlaku. RakyatNews

No comments: