Monday, 19 May 2014

DALIL DAN HADIS SAHIH WAJIB TAAT PEMERINTAH.... JAWAPAN KEPADA KENYATAAN SOMBONG BUDAK UiTM HANYA TAAT PADA NEGARA TETAPI BUKAN PEMERINTAH !!!!


KEWAJIPAN UMAT TERHADAP PEMERINTAH (KERAJAAN)

Menurut Abu Yaala; "Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggung jawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajib taat kepada pemerintah adalah seperti berikut:


Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

islam1.jpg (51760 bytes)

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

islam2.jpg (100173 bytes)

"Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

islam3.jpg (93942 bytes)

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."

islam4.jpg (129556 bytes)

"Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

islam5.jpg (80548 bytes)

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

islam6.jpg (143267 bytes)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

islam7.jpg (117734 bytes)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)

Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi al-Mustatraf).

Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat, adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis:

islam8.jpg (78234 bytes)

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)

KENYATAAN DI ATAS ADALAH SEBAGAI MENJAWAB KEPADA KENYATAAN ANAK MUDA UiTM BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM YANG HANYA TAAT KEPADA NEGARA TETAPI TIDAK KEPADA KERAJAAN (PEMERINTAH)

TAAT KEPADA NEGARA TETAPI SOKONG PARTI ADALAH HAK INDIVIDU

KUALA LUMPUR:  "Taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan"

Itu pendapat anak muda terhadap kritikan beberapa pihak yang menganggap mana-mana individu yang belajar di institusi pengajian tinggi awam tetapi menyertai pembangkang sebagai lupa asal usul dan tidak mengenang budi.

Tinjauan Astro AWANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapati, pelajar-pelajar Melayu di universiti itu tidak menganggap keputusan individu seperti Dyana Sofya itu sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

Sebaliknya mereka berpendirian, memilih mana-mana parti politik itu merupakan pilihan peribadi setiap individu.

Setiap warganegara tidak boleh dipaksa untuk menyokong mana-mana parti politik atau taat kepada pemerintah semata-mata kerana mereka belajar di institusi pengajian tinggi awam.

Anak muda memilih mentaati negara melebihi taat kepada mana-mana parti politik atau kerajaan, tetapi tidak bermaksud mereka lupa jasa pemerintah.

"Saya taat kepada negara bukan kerajaan, tetapi itu tidak bermaksud saya seorang penderhaka atau lupa asal usul, harus ada perbezaan antara negara dan kerajaan.

"Sesebuah kerajaan itu dipilih warganegaranya untuk mentadbir negara, jadi kami anak muda taat kepada negara, kerajaan yang mentadbir kami sokong kalau mereka jujur dan cekap serta mempunyai dasar yang boleh membangunkan negara.

"Sebagai pelajar dan warganegara yang bertanggungjawab, tentunya saya berterima kasih kepada kerajaan kerana peluang yang telah diberikan, jika pihak mana pun menjadi kerajaan, saya akan ucapkan terima kasih kerana menyediakan peluang untuk kami anak muda menuntut ilmu," kata Nu Amalina Azman, 22, pelajar jurusan Komunikasi Massa, UiTM.


Pelajar UiTM: Muhammad Noor Husni Mohd Zaini, Nur Amalina Azman dan Munirah Musthafar

Pandangan sama dilontarkan bagi Muhammad Noor Husni Mohd Zaini, 22, yang berpendapat ketaatan kepada negara mengatasi pemerintah.

Katanya, jika anak muda mempunyai pandangan yang tidak selari dengan mereka yang lebih berusia ia tidak membawa maksud mereka tidak lagi menyokong kerajaan.

"Jika anak muda berkata mereka taat kepada negara lebih dari kerajaan tidak bermaksud kami tidak menyokong kerajaan, sokong dan taat itu perlu difahami ia membawa maksud berbeza.

"Saya rasa semua anak muda taat kepada negara biarpun ada antara kami tidak menyokong kerajaan atau parti yang memerintah, kami lahir di sini jadi tentunya kami taat kepada negara, ini negara kami," katanya.

Bagi Munirah Musthafar,22, anak muda akan memberi sokongan kepada kerajaan jika ia jujur, telus dan cekap dalam pentadbiran.

Katanya, tidak ada anak muda yang akan khianat kepada negara biarpun ada antara mereka memberi sokongan kepada pembangkang.

"Kerajaan boleh berubah, sekarang mungkin parti ini yang memerintah, akan datang tidak mustahil pihak lain, tetapi negara tidak berubah, tetap negara yang sama.

"Jadi kami sebagai anak muda akan taat kepada negara, kerajaan yang baik dan jujur akan kami sokong," katanya.

Isu sikap anak muda terhadap kerajaan timbul apabila Dyana Sofya Mohd Daud, lulusan UiTM dinamakan sebagai calon DAP.

Kerana Dyana Sofya lulusan UiTM, maka dia dilabelkan sebagai 'pengkhianat' dan 'lupa asal usul' disebabkan memilih untuk menyertai DAP.  (Astro Awani)

No comments: