HUJUNG minggu lepas, kecoh di media sosial dengan penyebaran sekeping gambar sekeluarga apabila ada tangan hitam yang entah dari mana datanganya, sedang memegang bayi yang diapit oleh kedua ibubapanya. Ekoran dari itu, pelbagai andaian dan spekulasi timbul dan gambar tersebut menjadi sensasi.
Bagaimanapun menerusi satu laporan media, pemilik gambar berkenaan telah memberitahu gambar berkenaan sebenarnya telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pemilik gambar itu juga mendakwa dia sekeluarga telah menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.
Diharap pihak-pihak berkenaan menghentikan segera penyebaran gambar anak-beranak tersebut. Sememangnya sejak dari awal lagi kami mengesyaki gambar tersebut telah diedit, tapi malangnya ia telah terlebih dahulu disensasikan oleh pengguna media sosial sebelum sempat mereka menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Sumber
Pihak pengurusan blog ini juga ingin memohon maaf kerana telah menyiarkan gambar tersebut.... baca di sini
No comments:
Post a Comment