PETALING JAYA :
Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancanganOh My English musim ketiga (OME) pada Ahad lalu.
Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.
Kami kesal apabila dimaklumkan beberapa mesej akaun Twitter yang dikirim penonton dalam OME telah digodam sehingga menyebabkan mesej yang tidak diingini itu muncul dalam rancangan tersebut.
“Biasanya kami menerima puluhan ribu mesej Twitter setiap hari. Kami memohon maaf kerana mesej berkenaan dikeluarkan secara tidak sengaja,” kata jurucakap itu dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitteruntuk sairan Oh My English musim kedua berbau lucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.
Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang.
Astro juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.
“Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twittermasing-masing dengan selamat,” katanya.
Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.
No comments:
Post a Comment