Saturday, 10 May 2014

(FOTO) : GADIS HADIAHKAN 'BUNUH DIRI TERJUN DARI PASARAYA TERKENAL KOTA KINABALU' UNTUK TEMAN LELAKI ???!!!


Seorang wanita maut membunuh diri setelah terjun dari sebuah pasaraya terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, wanita tersebut sempat memuatnaik status rancangannya yang mahu membunuh diri di Facebook.

Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga sempat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya.

Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam sebuah blog menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu:

Berita terkini gambar wanita bunuh diri di Centre Point (CP) KK Sabah pada 9 Mei 2014. Orang ramai di Pusat Membeli Belah Centre Point digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Menurut saksi, mangsa yang berasal dari Bongawan telah terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan mati serta merta ditempat kejadian. Insiden dipercayai berlaku pada pukul 12.30 pagi Jumaat dan punca kematian dipercayai akibat tekanan emosi. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa dikenali sebagai Hasrina Chee.







Berikut pula adalah foto Hasrina Chee yang diperoleh dari laman Facebook beliau. Namun, apa yang agak pelik, status terakhir beliau seperti mana yang di cetak oleh blog tersebut tiada. Dan status terakhir beliau adalah pada 5 May 2014






SUMBER

Post a Comment