Tuesday, 1 April 2014

RIWAYAT HIDUP AKTIVIS COMANGO IRENE FERNANDEZ SUDAH BERAKHIR ......


KUALA LUMPUR :

 Aktivis sosial human rights Irene Fernandez meninggal dunia hari ini akibat komplikasi jantung.

Menurut adiknya Josie, Irene, 67, meninggal dunia pada 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Serdang.

"Sejak Jumaat lepas keadaan Irene semakin serius dan koma," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kakaknya itu dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas setelah mengadu sakit dada.

Irene yang merupakan pengerusi dan pengasas badan bukan kerajaan Tenaganita meninggalkan suami, Joseph Paul dan tiga orang anak.

Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, kata Josie. -Bernama



Untuk rekod... mendiang bersama Nurul Izzah mencabar subjek yang sama iaitu perlembagaan persekutuan dalam forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012. . Perkara yang mahu dipinda adalah yang berkaitan dengan agama Islam, Melayu dan Bumiputera. Perkara 3 (Agama Islam) dicabar oleh Nurul Izzah dan yang dicabar oleh Irene Fernandez adalah Perkara 153 (Hak Istimewa Orang Melayu). Mencabar dua perkara ini bermakna mencabar kuasa Raja-Raja Melayu. Ini kerana untuk meminda dua perkara ini perlukan kuasa 2/3 parlimen dan persetujuan Majlis Raja Raja. 

......aku ingat, sesapa yg menentang Islam ni boleh hidup menongkat langit sampai kiamat !!!!!

No comments: